Pizza Peperoni
Bahan (Base - 2 keping sederhana besar)
300 gm tepung gandum/tepung roti (*ummi guna tepung roti)
200 ml air
15 gm gula
4 gm yis (1 1/2 sudu teh)
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu teh garam
1 sudu makan susu tepung
Cara-Cara:-
Masukkan kesemua bahan dalam breadmaker, pilih menu doh. semua bahan
kecuali air ..gaul rata, masukkan air dan uli biar lembut hingga doh
tidak melekat pada mangkuk). Keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh. Biarkan 10
minit. Kemudian canaikan dan masukkan ke dalam pizza pan. Cucuk2 dengan
garfu.
Sos Pizza:
1/2 labu bawang besar - cincang lumat
3 ulas bawang putih - cincang
1 tin tomato cincang
6 oz sos tomato
2 oz sos cili
6 oz tomato paste/tomato puree
garam
1 sudu teh oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar minyak masak
Cara Membuat:-
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis segala bawang besar dan bawang putih
hingga naik bau. Masukkan semua jenis tomato, serbuk oregano, garam dan
lada hitam. Gaul rata. (Boleh tambah air jika terlalu kering). Masak
biar pekat sikit, tutup api. Sejukkan sebelum dioles ke atas pizza.
Topping : ( ikut apa suka)
Peperoni
lada benggala
cendawan butang
bawang besar
cheese mozarella
Cara:
UNTUK TOPPING:- Dalam mangkuk, satukan serbuk pizza, sos cili, sos
tomato, air(optional jika terlalu pekat), garam dan gula dan gaul
sebati. Seimbangkan rasa. Sapukan di atas doh pizza sebelum diletak
peperoni tadi dan ditabur dengan capsicum, cendawan dan akhir sekali
sedikit parmesan cheese (optional) dan mozarella cheese secukupnya
sebelum dibakar
No comments:
Post a Comment